Monday, 1 September 2014

Kuliah 6 Strategi Kesantunan


  • Dalam percakapan seseorang perlu bersikap santun dengan menggunakan kata-kata yang sesuai dengan situasi. 
  • Tujuan: Menjaga air muka seseorang. 
  • Bahasa atau tindakan yang mengancam kehormatan orang lain haruslah dihindari. 

4 STRATEGI KESANTUNAN LISAN &PENULISAN BROWN & LEVINSON

1. Strategi Langsung
  • Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas. 
  • Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenal dan rapat, seperti teman / anggota keluarga.

2. Strategi Kesantunan Negatif / Formal: 
  • Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya. 
  • Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.

3. Strategi Kesantunan Positif / Keakraban : 
  • Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar. 
  • Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.

4. Strategi tidak Langsung 
  • Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya. 
  • Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.

Strategi Kesantunan Penulisan Yang Digunakan Dalam Artikel: 

1. Memperkenalkan tokoh-tokoh ternama yang menyampaikan pandangan mereka terhadap tajuk, iaitu Budi Bahasa yang Semakin Terhakis.

2. Penulisan mematuhi hukum tatabahasa

3. Kritikan disampaikan dengan sifat sederhana tetapi berkesan

4. Tiada bahasa kasar atau bahasa pasar digunakan

5. Penulisan secara formal dan sesuai dengan format penulisan

6. Memberi nasihat dan cadangan kepada pembaca dan masyarakat secara bersopan

7. Penulisan yang jelas dan mudah difahami

Peraturan Sosiolinguistik - sambungan kuliah 5

Peraturan bahasa yang kedua, iaitu peraturan sosiolinguistik pula berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan). Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat, yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat. 

Secara lebih luas, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan konteks dalam masyarakat, baik disebabkan oleh faktor hubungan antara pembicara dengar khalayak, faktor suasana (misalnya antara rasmi dengan tidak rasmi), faktor bidang yang tertentu mahupun faktor media (lisan atau tulisan). 

Dalam pelaksanaannya, kedua-dua suasana berbahasa, iaitu rasmi dan tidak rasmi memerlukan kepatuhan kepada peraturan sosiolinguistik. Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi di Malaysia, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul. Penggunaan gelar (seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan yang lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.

Dalam suasana tidak rasmi, masih diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara. Sebagai contoh, orang yang bergelar tetap perlu disapa dengan gelar yang dimilikinya. Menjadi tanggungjawab pembicara menyapanya dengan gelar itu walaupun ia mungkin tidak mengharapkannya. 

Demikian juga, kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat. Seorang anak saudara yang seusia atau lebih tua daripada ayah saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan panggilan lain yang setara dengannya, misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya.

Sikap tidak peka atau kurang peka akan hal itu menyebabkan wujud kecenderungan sesetengah orang memanggil semua orang yang agak berumur dengan panggilanpak cik atau mak cik, hatta kepada profesor atau pensyarahnya, atau abang kepada semua pelanggan lelaki yang berurus niaga dengannya. Gadis pula sering menjadi mangsa dengan panggilan kak long walaupun ia mungkin bukan semestinya anak sulung. Dalam hal ini, perlu dibedakan panggilan yang berasaskan kekerabatan dan kemesraan daripada panggilan yang berasaskan hubungan neutral dan rasmi.

Kuliah 5 - Peraturan Bahasa sebagai Asas Kesantunan Bahasa

Kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat. Daripada satu sisi, kepatuhan kepada sistem bahasa merujuk kepada sistem bahasa yang terdapat dalam bahasa masyarakatnya sendiri. Daripada sisi yang lain, kepatuhan kepada peraturan atau sistem bahasa berkaitan juga dengan kepatuhan kepada sistem bahasa lain apabila kita berhubung dengan menggunakan bahasa asing tersebut, terutama kepada anggota masyarkat bahasa itu. 

Asmah Haji Omar dalam bukunya Setia dan Santun Bahasa (2002), merumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa, iaitu:

1. peraturan linguistik, 
2. peraturan sosiolinguistik, dan 
3. peraturan pragmatik. 


Peraturan Linguistik

Peraturan lingusitik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi, ejaan, kosa kata dan tatabahasa. Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi. 

Sekurang-kurangnya ada dua faktor mengapa peraturan linguistik perlu diberi perhatian dalam urusan dan majlis rasmi. Yang pertama ialah untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan. Yang kedua ialah untuk memastikan bahawa semua yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi itu dapat saling memahami pada tahap yang sebaik-baiknya dan tidak mengalami jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek atau ragam bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak. 

Kuliah 10

Strategi Kesantunan Lisan

-Masyarakat Melayu menganggap amat memberatkan perlakuan yang menjaga air muka atau maruah pendengar.

-Oleh itu , mereka akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan konflik semasa berinteriaksi secara lisan.

-Justeru , orang Melayu menggunakan pelagai strategi semasa berinteraksi.

-Strategi kesantunan yang digunakan :

· Strategi ikhlas

· Strategi merendah diri

· Strategi maaf

· Strategi penyelesaian

· Strategi memberi peluang

· Strategi penghargaan dan pujian

· Strategi berterima kasih

· Strategi kiasan

· Strategi berhemah dan lemah-lembut

· Strategi bersalam dan memperkenalkan diri

· Strategi kecindan

· Strategi menyapa/ menegur

· Strategi ungkapan Rabani

~ Strategi ikhlas : Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak disukai.

~Strategi merendah diri : Menggunakan ungkapan-ugkapan membawa maksud penutur merendah diri dengan mengaku kelemahan dan kekurangan diri.

~Strategi maaf : Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu.

~Strategi penyelesaian: Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan supaya penyelesaian cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan.

~Strategi memberi peluang : Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara.

~ Strategi penghargaan dan pujian : Urusan yang menunjukkan seseorang itu dihargai kerana sesuatu tindakan yang disenangi.

~Strategi berterima kasih : Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap seseorang yang telah membuat sesuatu kebaiankan atau pertolongan.

~Strategi kiasan : Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk menjaga air muka seseorang.

~Strategi berhemah dan lemah-lembut : Menggunakan ujuran yang halus dan tidak kasar untuk membuat teguran atau nesihat supaya pendengar tidak berkecil hati.

~Strategi kecindan : Menggunakan ujuran dalam bentuk jenaka untuk menimbulkan perasaan gembira.

~Strategi menyapa/menegur : Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan seseorang untuk menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa yang dibuat oleh seseorang.

~Strategi ungkapan Rabani : Menggunakan ujaran seperti Bismillah , Alhamdulillah , doa untuk menunjukkan kekuasaan Allah.

Kuliah 8

PERATURAN BERBAHASA

Ø Aspek Linguistik
 ü Sebutan
 ü Intonasi
 ü tatabahasa

Ø Aspek Sosiolinguistik
 ü Jarak Sosial
 ü Giliran Bercakap
 ü Memulakan dan Mengakhiri Percakapan
 ü Konteks Percakapan

Ø Aspek Pragmatik
 ü Pemilihan Kata
 ü Tujuan/Matlamat


Peraturan Berbahasa

Ø Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturanperaturan yang tertentu.

Ø Apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu
mengamalkan santun bahasa.

Ø Peraturan tersebut terdiri daripada tiga iaitu:
i. Peraturan linguistik
ii. Peraturan sosiolinguistik
iii. Peraturan pragmatik

1. Peraturan linguistik

Ø Peraturan lingustik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.

Ø Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa.

Ø Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.

Ø Bagi urusan tidak rasmi kadang-kadang pengaruh dialek  bahasa akan digunakan oleh penutur.


Ø Peraturan tatabahasa yang betul merupakan sebahagian daripada peraturan linguistik yang mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi.

Ø Contohnya, penggunaan tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya mestilah dipatuhi dalam komunikasi bertulis seperti dalam penulisan surat, laporan dll.

Ø Begitu juga penggunaannya dalam komunikasi lisan seperti kata ganti diri yang tepat terhadap seseorang.

Ø Intonasi percakapan hendaklah rendah apabila bercakap dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua.

Ø Intonasi yang tinggi tidak dianggap biadab jika berinteraksi dengan sahabat handai yang rapat.

Ø Sebutan perkataan hendaklah jelas dan tepat serta halus supaya dapat menjelaskan mesej dengan baik serta santun.

Ø Sebab pertama peraturan linguistik dipatuhi adalah untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan.

Ø Sebab kedua ialah untuk memastikan bahawa semua yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi itu dapat dapat mengurangkan jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek atau keragaman bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak.

2. Peraturan sosiolinguistik

ü Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan).

üPeraturan sosiolinguistik merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.

ü Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.

ü Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul.

ü Penggunaan gelaran( seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan lain-lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang
Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.

ü Dalam suasana tidak rasmi juga masih diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara.

ü Sebagai contoh, orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan gelaran yang dimilikinya.

ü Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan
perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.

ü Seorang anak saudara yang seusia atau lebih tua daripada ayah saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan panggilan lain yang setara dengannya , misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya.

ü Maksudnya komunikasi yang santun mestilah diambil kira faktor jarak sosial.

ü Jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.

ü Sekiranya kita berbual dengan orang yang jarak sosialnya rapat dengan kita seperti rakan-rakan, maka kita menggunakan perkataan, sebutan dan intonasi yang berbeza sama sekali sekiranya kita berbual dengan ibu bapa atau orang-orang yang lebih tua daripada kita.

ü Begitu juga jika kita berinteraksi dengan orang yang mempunyai status yang lebih tinggi seperti sultan, menteri, pengarah dan sebagainya sudah pasti berbeza sebutan, pemilihan kata, sebutan
bahasa yang digunakan.

ü Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah keakraban, perbezaan status, usia, jantina, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnik.

ü Aspek sosiolinguistik seterusnya ialah cara memula dan mengakhiri percakapan juga mempengaruhi kesantunan berbahasa.

ü Bagi masyarakat Melayu percakapan yang santun mestilah dimulai dengan assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi/selamat petang dan memberikan kata-kata hormat kepada
hadirin, orang-orang yang berpengaruh dan orang-orang tua.

ü Manakala mengakhiri percakapan dengan mengucapkan terima kasih dan diakhiri dengan wabillahhitaufik warahmatullahhiwabaratuh.

ü Selain itu, masyarakat Melayu juga mementingkan giliran percakapan.

ü Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan.

ü Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap.

ü Sekiranya hendak menyampuk perbualan orang-orang tua mestilah memastikan orang tua telah habis bercakap dan memulakan bicara dengan berkata “ maafkan saya, bolehkah saya memberikan pendapat.”

ü Begitu juga seorang anak dianggap biadab sekiranya memintas atau menyampuk percakapan ibu bapanya yang sedang bercakap. Jika hendak bercakap pastikan ibu bapa telah selesai bercakap.

ü Konteks percakapan juga sangat penting dalam mempengaruhi kesantunan berbahasa.

ü Misalnya jika konteks percakapan bertujuan untuk meminta sesuatu, maka penggunaan kata seperti “ tolong, ambilkan buku itu kepada saya.”


ü Sekiranya bertujuan untuk memberikan nasihat hendaklah menggunakan bahasa yang memujuk dan halus serta tidak meninggikan nada suara.

ü Sekiranya dalam majlis rasmi hendaklah menjaga protokol dan etika semasa berkomunikasi.

ü Sekiranya majlis tidak rasmi, etika dan protokol majlis tidaklah begitu ketat dipatuhi.

ü Namun begitu, kesantunan berbahasa dari segi konteks percakapan bergantung kepada perkara-perkara berikut:
→ Pertama, berbahasa santun itu tidak hanya berkaitan dengan perkataan, tetapi juga berkaitan dengan perbuatan. Perkataan yang tergolong santun, tetapi apabila diiringi dengan perbuatan dan cara pengungkapan yang tidak santun, maka perkataan itu dikatakan tidak santun.
→ Kedua, perkataan santun atau tidak santun itu bergantung pada keadaan. Suatu perkataan diucapkan dalam keadaan tertentu mungkin dipandang santun, tetapi jika diucapkan pada keadaan yang lain mungkin dianggap tidak santun.
→ Ketiga, aspek santun atau tidak santun itu bergantung sepenuhnya pada tujuan percakapan. Sebagai contoh, suami benar-benar bermaksud santun memuji masakan isteri dengan mengatakan ‘ Masakan sayang sedap!, tidak dianggap santun oleh isterinya sekiranya dinterpretasikan sebagai sindiran, misalnya dalam konteks suami menyindir istrinya yang tidak pandai
memasak.

3. Peraturan pragmatik

v Peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan dan berkesan.

v Dalam kehidupan seharian, interaksi ini berlaku dengan pelbagai perasaan dan perasaan tersebut digambarkan secara cara percakapan.

v Percakapan dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap baik, tetapi percakapan menggunakan cara kasar menunjukkan perasan marah dan tidak puas hati seseorang.

v Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi.

v Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan.

v Oleh itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama
kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti perasaan orang lain.

v Antara aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.

v Terdapat pelbagai jenis wacana seperti wacana penceritaan, pemaparan, penghujahan , pembujukan dll.

v Setiap wacana tersebut memerlukan pemilihan kata yang berbeza yang sesuai dengan tujuannya dan matlamatnya.

v Misalnya wacana jenis penceritaan seperti cerpen dan novel memerlukan bahasa yang halus, pemilihan kata yang puitis, serta penggunaan ayat-ayat yang menarik supaya menarik minat pembaca.

v Jika kita menggunakan wacana lisan jenis memujuk penggunaan kata-kata pujian banyak digunakan seperti sayang, cinta, terima kasih dll supaya dapat mempengaruhi oarang yang dipujuk

Kuliah 9

BAHASA TUBUH
Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan.  Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.  Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu.  Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.
Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama ada apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif, sama ada dia bercakap terbuka atau defensif, bosan atau berpura-pura minat.
Dengan membaca bahasa tubuh kita dapat mengetahui….
ü  Bila kita mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan
ü  Bila patut berhenti
ü  Bila kita perlu membuat sesuatu yang lain sama sekali
Jika gagal membaca bahasa tubuh orang yang dilawan bercakap, kita akan gagal menyakinkan mereka.
i.        Gerakan Anggota Badan
Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan  mempunyai makna tertentu.  Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.  Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami  oleh semua orang seperti;
•     Isyarat gerakan tangan
•     Isyarat air muka
•     Bahasa tubuh
Komunikasi tanpa lisan boleh menyampaikan sesuatu utusan yang sukar untuk dilahirkan melalui perutusan atau tulisan. Isyarat tanpa lisan menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang dan boleh digunakan untuk;
•     mengukuhkan hujah/ mesej yang disampaikan
•     mendapatkan maklum balas dengan membaca maksud yang tersirat melalui isyarat tanpa  lisan yang ditunjukkan oleh penerima mesej.
ii.       Gerakan Mata
Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.  Contohnya:
•     Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
•     Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya
•     Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
•     Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.
iii.      Gerakan Tangan
Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan.  Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.  Contohnya:
ü  Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
ü  Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya.
ü  Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap.
ü  Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
ü  Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.
    iv) Mimik Muka
Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Contohnya:
o   Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat.
o   Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadianseseorang
o   Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya.

o   Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.
KULIAH 7

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN
Kesantunan lisan
Kesantunan penulisan


 Kesantunan Lisan
• Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:-
a. Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
b. Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila

• Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas
tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.

• Ini bermakna ia dinilai dengan serta merta, dan dapat 
menimbulkan kesan yang serta-merta juga.

• Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.

• Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima.

• Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:
a. Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
b. Suara dan intonasi yang sopan
c. Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
d. Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
e. Penggunaan sistem panggilan yang betul
f. Gaya bahasa yang sesuai
g. Isi perbincangan yang tidak sensitif

• Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:
a. Gaya percakapan yang sopan
b. Pandangan mata yang sesuai
c. Gerak laku yang bertatasusila
d. Mimik muka yang positif
e. Hayunan tangan yang sesuai
f. Imej diri

•Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk:
a. Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan,ucapan, pidato, forum dll
b. Tidak rasmi/ tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri dll.

• Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.

• Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.

• Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti `cik ’ atau `saudari ’ , `encik ’ dan `saudara ’ . Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan `pak cik’ atau `mak cik’ kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu. Maka `encik ’ dan `puan ’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.

• Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.

• Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau
urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama
 kesantunan bahasa tetap terpelihara.

• Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa
hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.

• Penutur untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik
susunannya serta mematuhi sistem bahasa.

• Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adap sopan yang
berkaitan dengan sistem sosial.

• Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat
serta pangkat hendaklah menurut sistem yang telah disahkan oleh
pihak berkuasa.


 Kesantunan Penulisan

• Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan
pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca
atau digunakan pada masa akan datang.

• Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara
bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.

• Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:
a. Surat kiriman rasmi
b. Laporan
c. Kertas kerja
d. Ucapan rasmi
e. Pidato
f. Minit mesyuarat
g. dll

• Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti
penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dll.

• Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek
kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:-
a. Penggunaan kata panggilan yang betul
b. Kata sapaan yang betul
c. Gaya bahasa yang tepat
d. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
e. Isi yang tidak sensitif